Anugerah dan penghormatan Nicol_Ann_David

Pada 7 Jun 2008, Nicol dikurniakan Darjah Bakti (D.B.)[8] sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[9] Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.[9] Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.[8][9]

Pada 12 Julai 2008, beliau menjadi salah seorang daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari keputeraan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke-70.[10] Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN),[11] yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Dato' di negeri Pulau Pinang.[10] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,[12] pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.[13] Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.[7] Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.[14][15]

Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan menyandang pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Majlis Pemakaian Pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.[16]

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004,[17][18] di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[19]

Pada 9 September 2017, beliau dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh YDPA Sultan Muhammad V.

Datuk Nicol Ann David adalah pemain skuasy profesional wanita Malaysia, kini menduduki ranking nombor 6. Dia dilahirkan pada 26 Ogos 1983. Dia mula bermain skuasy pada tahun 2006. Dia telah memenangi gelaran Terbuka Dunia sebanyak 8 kali pada 2005 , 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014. Dato Nicol David dilahirkan di Pulau Pinang dan merupakan anak perempuan Anne Marie yang merupakan guru bersara dan Desmond David yang merupakan seorang jurutera India keturunan Tamil. Dato Nicol David mempunyai dua adik perempuan yang namanya Lianne dan Cheryl. Matematik adalah subjek kegemaran Dato Nicol David. Pendidikan utamanya adalah di Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane (Convent Green Lane Primary School). David menjaringkan tujuh A untuk Penilaian Menengah Rendah dan memperoleh tujuh A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (bersamaan dengan GCSE), yang dia belajar di Sekolah Menengah Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang. Dia seorang Kristian.

Rujukan

WikiPedia: Nicol_Ann_David http://www.heraldsun.com.au/sport/grinham-cant-bea... http://www.melbourne2006.com.au/Schedule%20and%20R... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=news&cod=1... http://www.allsportspeople.com/squash/people/Nicol... http://arabnews.com/sports/article313500.ece http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/newssport.php?id... http://www.britishopensquash.com/today07.htm http://www.britishopensquash.com/today08.htm http://www.britishopensquash.com/today2006.htm